SCORPION SCOUT 25 TITIWANGSA

Home
Jamboree Johor 2004
Logo Jambori Pengakap
Cameron Highlands
Jamboree Photo Album
Club Background
Organisasi
Recent and Upcoming Events
Meeting Minutes
Bulletin Board
B.P And Family Photo Album

pengakap.gif

Selamat datang ke laman web SCORPION SCOUT. Kami dari Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan ke-25 Daerah Titiwangsa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pesuruhjaya Pengakap bagi daerah kami ialah En. Latiff B. Abu Hasan dan Pesuruhjaya Pengakap bagi negeri >WPKL< pula ialah Mejar ( B ) Mohd. Sallehuddin B. Abd Ghani. Pergerakan kami berpusat di SMK Taman Maluri dan dipimpin oleh seorang Pemimpin yang berpengalaman. Beliau ialah En. Govindan A/L K.K Pothuval. Pergerakan kami telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1984.

Kini, banyak perubahan yang telah kami lakukan untuk menaikkan taraf Pergerakan Pengakap kumpulan kami. Antara mereka yang telah mengharumkan nama kumpulan kami ialah Saudara Mohd. Zelman, Saudara Dzulfikar Kamal [ Sekarang bergelar Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa ], Saudari Musliha dan ramai lagi. Selain itu, kami juga berasa bangga kerana telah digelar kumpulan paling aktif di dalam Daerah Titiwangsa.

Di dalam laman web ini,  kami akan memaparkan segala perancangan aktiviti bagi tahun 2005 dan Organisasi Pergerakan kami. Antara lain, kami juga akan membuka peluang kepada sesiapa yang ingin memberikan sebarang cadangan atau komen tentang pergerakan kami. Anda bolehlah berbuat demikian di ruangan yang telah kami sediakan di bawah :

bp.jpg

Full name:
Email address:
Comment: